Salam ukhuwah kepada semua pembaca dan pelawat blog aku ini. Selamat datang ke blog tahapahapa aku. Blog ni sekadar berkongsi maklumat, cerita dan minat kepada pengunjung blog semua mengenai perihal berkaitan kenderaan yang sikit2 aku tahu serta kebanyakkannya aku petik dari sumber2 website lain. Oleh kerana aku bukan terrer menulis atau mengarut maka kebanyakkan maklumat dan info semua aku kumpulkan jadi satu catatan dari sumber berlainan yang boleh dipercayai sahaja. ;)

Ahad, 8 Ogos 2010

RideTones inside my Proton Savvy ...

RideTones ialah sejenis eksesori untuk kereta yang jarang ada jual kat malaysia nih. Makna kata memang susah nak jumpa kat kedai eksesori setakat nih.

Setakat ni cuma sorang dua je yang duk promot jual mende nih atau boleh dibeli secara online. Mende ni kalau tak silap berasal dari Kanada. Dah dekat 5-6 bulan lebih la gua dah menggunakan RideTones ni yang gua install pada kereta proton savvy gua. Alat ni lebeh kurang macam korang guna Handphone laa.. korang boleh menukar sound pada mesej atau sound ring call korang mengikut kesukaan korang..gitu lah ngan alat ni bila dipasang pada kereta... contoh - korang leh buh bunyi kambin mngembek bila korang lock atau unlock kereta korang.. camtulah kisahnye fungsi alat ridetones nih.

^ ni lah unit ridetones baru yang dipasang pada kereta gua... Proton Savvy..

Penah dua kali mende ni rosak... last2 bersyukur bila usaha gua contact pihak RideTones yang berpangkalan di Kanada mengadukan problem nih mendapat reaksi positif diorang lalu menggantikan satu set unit RideTones yang baru dan latest untuk gua..peh! gua memang kagum ngan layanan diorang terhadap pelanggannya macam gua nih... maknakata pihak RideTones ni memang cukup prihatin. Big thanks to RideTones!

^ ni lah unit ridetones baru yang dikirim melalui UPS oleh pihak ridetones Kanada sebagai gantian unit lama ridetones yang dah rosak sebelum nih.. terima kasih sekali lagi.

^ Gambar latest.. unit ridetones gua telah di spray cat kaler hitam flat.. kasi mantap..

nota : menyusul akan datang gua nak upload video mengenai ridetones gua ini..TUNGGUUUUUU....


Sabtu, 7 Ogos 2010

Chevrolet Camaro ada kat Malaysia kite..

Chevrolet Camaro pun dah ada kat negara kita malaysia tercintah rupanya..! tapi orang-orang biasa dan makan gaji cam gua nih cuma dalam mimpi je lah mau memiliki kereta nih..hehehe..tak gitu ? Dari sumber internet aku dapat tau kereta jenis ni dipunyai oleh kerabat diraja Johor kite.. peh ..memang best kalau gua dapat pinjam sehari kereta nih..hehhe

( dibawah ) lagi gambar-gambar kereta Chevrolet Camaro yang ada di Malaysia ( di spot seseorang ) yang dipetik dari beberapa web/blog.

video dibawah.. rakaman amatur camaro dan ford mustang dari johor.. di spot di singapura..hehe..
memang mantap sih..!


woo...lupa ..ada satu lagi camaro.. transformers bumble bee... ingat kan warna silver ni jer.. penah satu malam raya keempat baru ni lalu kat sebelah aku di lebuhraya duke.. aku tak pasti yang nih ker yang lalu sebelah aku malam tu..power siot!


Klip video di bawah ialah camaro Ss dalam pameran autoshow di KL 2010 yang lepas... dengar cite akan masuk pasaran malaysia... lepas ni melambak la kat jalan raya kite..

Ford Mustang makin banyak kat malaysia rupanya!

Gambar di bawah ialah antara beberapa jenis Ford Mustang yang ditemui di malaysia setakat ini..
video dibawah - di spot oleh beberapa tukang rakam video amatur...





video ini dispot oleh seseorang...tapi aku rasa kereta yang sama dengan video diatas cuma dah tukar cat kaler lain laa kot skang ni..


^ gambar diatas ialah mustang yang sama dengan video diatas..

..dan tak ketinggalan dibawah dua Shelby GT500 Super Snake kepunyaan..err.. tengok nombor plate suda.. hehee... aku dilanda kekaguman sambil meleleh air liur...



^ video diatas ialah Ford Mustang TMJ... (^_^) power beb..

Proton Savvy Knight Rider..




^ Video klip diatas ialah model kereta Proton Savvy 1.2 manual. Dengan enjin Renault. Cukup bergaya dengan lampu Knight Rider. Kalau zaman 80 an dulu cukup top eksesori lampu ni dipasang pada kenderaan masing2. Gua masih ingat masa sekitar tahun 80an dulu tiap kali gua tunggu bas nak ke sekolah waktu pagi mesti terpandang kereta dengan lampu knight Rider nih.. masa tu sebab pengaruh siri televisyen Knight Rider tengah meletup di TV setiap rumah. Kereta datsun pun pasang gak time tuh...hehe.. tapi lepas2 era 90 an.. eksesori ni dah makin ilang.. mungkin sebab siri Tv Knight Rider dah tak ditayangkan lagi gamaknye. Skang eksesori lampu KR ni dah mula muncul balik ..mungkin sebab siri baru Knight Rider dah kembali dengan musim dan tema baru.. cuma eksesori LED KR nih dah mantap sikit sebab boleh macam2 stail... dan dah banyak skang boleh didapati dimerata kedai eksesori kereta kecuali dikedai makan memang xde jual lah kalau lu orang cari... (^_^)

^ diatas ialah eksesori LED Knight Rider yang dipasang pada Proton Savvy dalam video berkenaan.

Ketama kali aku cat moulding door savvy. (^_^)

Gua bebaru ni beli lah satu set apa yang orang panggil Moulding Door kereta ( benda memanjang yang lekat kat tepi pintu keta tu lah ) . Sekali masa gua beli tu didapati moulding door ni bukan jenis universal.. tapi ada cop perkataan myvi pulak...hampes... untuk keta myvi rupanya.. tapi itu kecik punya hal... bole modifite.. hehe.

First time gua mengecat .... antara bahan-bahan asas.. kertas pasir gred 400, 2 tin spray colour , 1 tin spray clear coat , 1 tin cat under coat , berus cat kecik
( harap2 bukan bulu khinzir lah..) , kertas sokabar ( lebeh afdal sokabar tu u.meloya atau b.hairan .hehe ) Bahan-bahan ni suma boleh cari kat kedai hardware je.. ( ingat! jangan cari kat kedai makan ..! )


^ ni lah gambar-gambar proses cat gua ( rakam pakai Hp jer.. ) gehehee.. gua cat dalam rumah baru gua.. abis lantai kene habuk cat! padan muka.. padan muka siapa? padan muka saya...! ujar aku sambil minum oren..

^ ni lah rupa keta gua bila dah siap cat dan dipasangkan moulding door . memang kacak like hell kereta proton savvy nih! (^_^) hehe..